Literasi Maklumat

Definisi Literasi Maklumat


Literasi Maklumat (LM) adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta menggunakan maklumat tersebut secara aktif.

Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.

UNESCO, 2004 menyatakan: “Information literacy is a set of abilities to recognize what and when information is needed, locate and select critically the information, use ethically and communicate it effectively”


Kemahiran dalam LM

1. Kemahiran  Maklumat / Perpustakaan
2. Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif.
3. Kemahiran Belajar.
4. Kemahiran Komunikasi / menyampaikan maklumat.
5. Kemahiran ICT.



Peranan LM dalam Pdp

1. Melalui kerja kursus.
2. Melalui projek khusus mata pelajaran tertentu.
3. Melalui aktiviti kelas.
4. Melalui Aktiviti Ko-kurikulum.
5. Melalui kerja kendiri.
6. Melalui program / Aktiviti PSS.
7. Melalui program Membaca.
8. Melalui aktiviti penyelesaian masalah dan lain-lain.

Pelaksanaan LM peringkat sekolah 

 
1. Kemahiran perpustakaan : Guru perpustakaan dan Media.
2. Kemahiran belajar : Kaunselor.
3. Kemahiran Komunikasi : Kelab dan Persatuan.
4. Kemahiran ICT : Guru Penyelaras Bestari /  Guru ICT.
5. Kemahiran Berfikir : Ketua Panitia / Guru Matapelajaran.

No comments:

Post a Comment